Wednesday, July 16, 2008

STRUKTUR PENTADBIRAN

Organisasi Sekolah

  1. Struktur Organisasi

Sejak dari tahun 2000 hingga ke hari ini SMA Maahad Al-Mizan telah diketuai oleh Tuan Haji Megat Radzuan B Megat Taib. Bawah pengetua ialah Penolong Kanan I iaitu En Kamalul Abrar B Haji Zakaria. Seterusnya penolong Kanan II Cik Nik Khairiah Bt Nik Mohd dan Penolong Kanan III En Azmi B Sukirman.

  1. Saiz/Gred

Jawatankuasa penubuhan telah mencari wang dari pelbagai sumber antaranya membuat kutipan khairat dari orang ramai. Hasil kutipan ini amat menggalakkan. Di peringkat awal sebidang tanah seluas tiga ekar telah diperolehi hasil dari wakaf dan belian dengan kos RM 18 ribu dari tuan tanah berkenaan. Selanjutnya jawatankuasa ini membeli dan menerima wakaf dari tuan-tuan tanah berhampiran dengannya. Seluas 11.5 ekar tanah telah diperolehi.

Pada akhir tahun 1993 sebuah bangunan sekolah tiga tingkat berukuran 155 × 30 telah dibina dengan kos RM 432,5000.00 iaitu sumbangan MAIPK sebanyak RM 280, 000 dan selebihnya kutipan daripada orang ramai. Apabila ini siap dibina di awal tahun 1995 maka seramai 60 orang pelajar (27 lelaki & 33 perempuan) telah menduduki tingkatan satu dengan tenaga pengajar seramai enam orang termasuk pengetua (Tuan Haji Zakaria B Haji Sulaiman). Pada tahun 2000 Tuan Haji Megat Radzuan B Megat Taib dilantik sebagai pengetua setelah beliau bersara dari Jabatan Pelajaran Perak.

Pada tahun 2005 bilangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan bertambah. Pelajar 510 orang, guru 29 orang dan kakitngan sokongan 23 orang. Mulai 2002 sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara melalui kelas Pengajian STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Sekarang Maahad Al-Mizan mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan kelas-kelas pengajian, pejabat, perpustakaan, bilik APD, sebuah asrama putera, sebuah asrama puteri dewan makan, kantin sekolah, kedai sekolah, pondok telefon, bilik dobi, bengkel KHB, kediaman guru dan kakitangan.

No comments: