Wednesday, July 16, 2008

GAMBAR SEKITAR MAJLIS TADARUS AL-QURAN









GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEM JATIDIRI DI PECAH BATU






WARGA PENDIDIK AL-MIZAN

Pintu masuk ke MAM

SELAMAT DATANG KE SMA MAAHAD AL-MIZAN




VISI SEKOLAH

MEMBENTUK GENERASI MUSLIM BERIMAN YANG

BERTAQWA MELALUI ILMU, IMAN, AMAL DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. MEWUJUDKAN PENGURUSAN KURIKULUM DAN KEPIMPINAN SEKOLAH YANG CEKAP DENGAN BERSENDIKAN ILMU DAN IMAN, KETRAMPILAN DAN BERSIFAT TERBUKA SUPAYA MAMPU MENGGERAKKAN JENTERA PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN ICT.

2. MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN AWAM DAN ZAHARI DARI SEGI KUALITI DAN KUANTITI.

3. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMILIKI SAHSIAH TERPUJI, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, BERDAYA SAING, SALING HORMAT MENGHORMATI DAN MEMPUNYAI DISIPLIN KENDIRI YANG MANTAP.

4. MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM, IAITU SUKAN, PERMAINAN, PERSATUAN / KELAB DAN UNIT-UNIT BERUNIFOM SEJAJAR DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN TINGGI DAN PASARAN KERJA.

5. MEWUJUDKAN IKLIM PERSEKOLAHAN YANG CERIA, TERATUR, DAN SELAMAT SERTA BUDAYA SEKOLAH YANG SIHAT BAGI MEMBINA JATI DIRI PELAJAR SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


STRUKTUR PENTADBIRAN

Organisasi Sekolah

  1. Struktur Organisasi

Sejak dari tahun 2000 hingga ke hari ini SMA Maahad Al-Mizan telah diketuai oleh Tuan Haji Megat Radzuan B Megat Taib. Bawah pengetua ialah Penolong Kanan I iaitu En Kamalul Abrar B Haji Zakaria. Seterusnya penolong Kanan II Cik Nik Khairiah Bt Nik Mohd dan Penolong Kanan III En Azmi B Sukirman.

  1. Saiz/Gred

Jawatankuasa penubuhan telah mencari wang dari pelbagai sumber antaranya membuat kutipan khairat dari orang ramai. Hasil kutipan ini amat menggalakkan. Di peringkat awal sebidang tanah seluas tiga ekar telah diperolehi hasil dari wakaf dan belian dengan kos RM 18 ribu dari tuan tanah berkenaan. Selanjutnya jawatankuasa ini membeli dan menerima wakaf dari tuan-tuan tanah berhampiran dengannya. Seluas 11.5 ekar tanah telah diperolehi.

Pada akhir tahun 1993 sebuah bangunan sekolah tiga tingkat berukuran 155 × 30 telah dibina dengan kos RM 432,5000.00 iaitu sumbangan MAIPK sebanyak RM 280, 000 dan selebihnya kutipan daripada orang ramai. Apabila ini siap dibina di awal tahun 1995 maka seramai 60 orang pelajar (27 lelaki & 33 perempuan) telah menduduki tingkatan satu dengan tenaga pengajar seramai enam orang termasuk pengetua (Tuan Haji Zakaria B Haji Sulaiman). Pada tahun 2000 Tuan Haji Megat Radzuan B Megat Taib dilantik sebagai pengetua setelah beliau bersara dari Jabatan Pelajaran Perak.

Pada tahun 2005 bilangan pelajar, guru dan kakitangan sokongan bertambah. Pelajar 510 orang, guru 29 orang dan kakitngan sokongan 23 orang. Mulai 2002 sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara melalui kelas Pengajian STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Sekarang Maahad Al-Mizan mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan kelas-kelas pengajian, pejabat, perpustakaan, bilik APD, sebuah asrama putera, sebuah asrama puteri dewan makan, kantin sekolah, kedai sekolah, pondok telefon, bilik dobi, bengkel KHB, kediaman guru dan kakitangan.

Tuesday, July 15, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Perjumpaan hari raya oleh murid-murid tua Madrasah Hidayah Islamiah pada 5 Januari 1993 telah mencetuskan idea penubuhan sebuah sekolah agama rakyat peringkat menengah di kampung Jeliang. Bagi merealisasikan hasrat tersebut sebuah jawatankuasa penaja ditubuhkan.
Jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk melantik Tuan Haji Megat Radzuan b Megat Taib yang bertugas di Jabatan Agama Islam Perak pada masa itu sebagai Ketua penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam menjadi Pengerusi penaja, Encik Ahmad B Putih Osman selaku setiausaha manakala Tuan Haji Zakaria B Haji Sulaiman sebagai

penasihat.

Seterusnya sekolah ini telah banyak menabur bakti untuk anak-anak didik di sekitar Kuala Kangsar. Telah ramai anak didik sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sehinggalah pada awal tahun 2006 sekolah ini telah menyertai kerajaan iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Telah banyak kemudahan yang ditambah berikutan dari kemasukan sekolah ini ke sekolah kerajaan.